26 April 2016

Catatan Perjalanan - Luxembourg

Tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Luxembourg. Dalam Misi Kembara Eropah I kami, dengan sengaja kami keluarkan negara ini dari itinerari. Mungkin kerana Luxembourg sebuah negara eropah yang kecil. Namun dalam misi kedua kembara eropah kali ini, hati teruja pula untuk berkunjung ke Luxembourg. Maka, kami pilih Luxembourg sebagai destinasi terakhir sebelum berangkat pulang. 

Notre Dame Cathedral Luxembourg

Luxembourg bersempadan dengan tiga buah negara iaitu Germany, Belgium dan Perancis. Kami temui ramai orang luar yang menetap dan bekerja di sini. Bahasa pertuturan juga pelbagai. 

Google search 'Luxembourg attractions'.. banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kami tidak punya banyak masa. Cuma ada 3 jam sahaja sebelum bertolak ke Frankfurt Hahn Airport.

Sampai di Luxembourg lebih kurang pukul 8.00 malam. Kami terus ke Rue des Églantiers, apartment tempat kami bermalam. Luxembourg seperti negara eropah yang lain. Waktu malamnya cuma bar dan restoren sahaja yang beroperasi.

Awal paginya kami terus check out dan memandu sekitar bandar. Kami parking di kawasan parking berhampiran Gelle Fra. Dari sini kelihatan 2 jambatan besar yang bertentangan iaitu Passerelle The Luxembourg Viaduct di sebelah kiri dan Adolphe Bridge. Ruginya kerana Adolphe Bridge tidak dapat dilihat kerana ditutup mungkin dengan papan yang berwarna putih untuk kerja-kerja pembaikan.

Disebalik papan putih besar itu ada jambatan Adolphe yang cantik

Melayan apa-apa sahaja pemandangan yang ada, kami menuruni tangga yang tinggi menuju ke sebuah kawasan taman di tengah-tengah bandar. Petrusse Valley Park.


Musim bunga di Luxembourg

Menuruni anak tangga ke taman 


Viaduct merupakan jambatan lama yang dibina sekitar tahun 1859 sehingga 1861. Dibina merentangi Petrusse Valley mempunyai 24 gerbang.

Passerelle - The Luxembourg Viaduct


Berlatarbelakang Notre Dame Cathedral

Taman ini memang banyak tangga kerana berada di bawah lembah


Luxembourg and me..


Anak tangga ke Viaduct


Memori kami di sini..


Berlatarbelakang Passerelle 

Gelle Fra atau Golden Lady merupakan tugu peringatan yang dibina sempena memperingati beribu sukarelawan rakyat tempatan yang menyertai pasukan tentera dalam perang dunia. Tugu ini dibina di Constitution Square iaitu di Ville Haute Quarter di tengah-tengah bandar.

Gelle Fra

Berhampiran dengan Gelle Fra, ada kawasan pasar dan juga kedai-kedai yang menjual cenderamata Luxembourg.

Salah satu kawasan pejalan kaki
Setiap negara di eropah punya keunikan yang tersendiri. Walaupun kecil diapit 3 negara besar, Luxembourg masih berjaya menambat hati pelancong sehingga negara ini digelar 'Little Switzerland'. 

...
...
...
...



Äddi Luxembourg. You worth to visit. 



Perlu tips melancong ke eropah? (Klik di sini)



No comments:

Post a Comment

Back to Top