6 April 2016

Catatan Perjalanan - Munich, Germany


Itinerari Munich

10.00 pagi: Tiba di Marienplatz
10.40 pagi: Menuju ke Viktualienmarkt
12.15 tengahari: Bertolak ke Deutsches museum
3.00 petang: Bertolak ke Bavaria statue
4.00 petang: Bertolak ke Allianz Arena
6.30 petang: Bertolak pulang ke tempat menginap


Destinasi pertama kami di Munich ialah Marienplatz. Marienplatz merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong di Germany . Kawasan ini merupakan kawasan utama bandar Munich sejak tahun 1158. Kami parking di kawasan parking Marienplatz. Bayarannya Eur 3.50 untuk satu jam.




Selesai bergambar dan membelek-belek cenderamata di kawasan Marienplatz, kami terus ke Viktualienmarkt. Terdapat banyak pasar atau 'Markt' di Munich. Antara yang popular ialah Viktualienmarkt. Viktualienmarkt terletak di tengah-tengah bandar Munich. Pasar ini merupakan pasar harian utama yang menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan penduduk tempatan dijual disini. Viktualienmarkt bersebelahan dengan Marienplatz. Beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Ada sebuah restoran seafood di sini (Nordsee).  Boleh duduk makan seafood sambil menikmati kesedapan jus buah asli.



Suasana di Viktualienmarkt

Jus buah dijual dengan harga Eur 2.50 untuk 200ml. Sewaktu kami datang ke sini kebetulan musim asparagus putih. Asparagus putih jarang kita jumpa di Malaysia mahupun di negara eropah yang lain. Satu lagi keunikan makanan orang German ialah kulit telur ayam yang berwarna-warni. Nampak cantik. Telur ayam ini diwarnakan untuk membezakan antara telur mentah dan telur rebus. Telur yang berwarna-warni ialah telur rebus manakala telur yang berwarna putih  dan yang berwarna asli ialah telur mentah. 


Destinasi seterusnya ke Deutsches museum yang terletak di Am Bavariapark 5. Sejauh 5km dari Viktualienmarkt. Boleh klik nama tempat di bawah ini untuk membaca entri yang berkaitan:

- Deutsches museum
- Bavaria statue
- Allianz Arena


Selepas Munich, kami ke Salzburg yang terletak di negara Austria. Salzburg merupakan destinasi persinggahan sebelum tiba di Vienna. Untuk membaca entri Salzburg, sila klik di sini (klik).




No comments:

Post a Comment

Back to Top