8 April 2016

Catatan Perjalanan - Salzburg, Austria.

Sungguh cantik pemandangan sepanjang perjalanan dari Munich ke Salzburg. Gunung-gunung memutih dilitupi salji. Kami tidak menduga akan dijamu pemandangan sebegitu cantik. Tambahan pula waktu kembara kami adalah pada musim bunga iaitu akhir bulan Mac. Kami sempat singgah di beberapa buah tempat untuk bergambar berlatarbelakang gunung tinggi yang bersalji.

Salzburg terletak di bahagian utara Banjaran Alps dan dikelilingi oleh dua gunung kecil iaitu Monchsberg dan Kapuzinerberg. 'Salzburg' berasal dari bahasa German yang bermaksud 'kota garam'. Khabarnya kaya dengan hasil garam suatu ketika dahulu.
 
dikelilingi oleh dua gunung kecil, Monchsberg dan Kapuzinerberg.

Selengkapnya : http://www.kompasiana.com/bebyharyantidewi/menyusuri-kota-tua-di-salzburg-austria_552fe84a6ea8342b648b45bf



Salzburg merupakan tempat kelahiran Mozart. Mozart ialah seorang komposer terkenal sekitar kurun ke 17. Beliau dianggap sebagai salah seorang daripada komposer muzik klasik Eropah yang utama dan paling terkenal dalam sejarah. 

Adam dan Ilman bergambar di Mozartplatz


Kediaman Mozart yang kini dijadikan muzium


Cenderahati berupa coklat juga mengabdikan kenangan Mozart

Menikmati keindahan kota Salzburg mengimbau kembali memori kami sewaktu di Bath city dan Aberystwyth. Dua bandar lama yang unik mirip Salzburg. Kami berjalan-jalan sekitar Altstadt. Altstadt merupakan bahagian kota lama Salzburg yang kekal dipelihara sehingga kini. Bangunan-bangunan senibina gaya Baroque masih berdiri megah meskipun sudah beratus tahun usia. 

Kawasan lapang di Residenzbrunnen

Seni acryclic


Makartsteg juga dikenali sebagai Love bridge

Kota lama dan kota baru dipisahkan oleh sungai Salzach. Sungai Salzach merupakan nadi perhubungan penting suatu ketika dahulu untuk mengangkut hasil garam.

Salzburg dari Sungai Salzach

Hampir 3 jam kami luangkan masa jalan-jalan di sekitar kota Salzburg. Perjalanan kemudian diteruskan ke Vienna lebih kurang 2 jam dari Salzburg.

Jumpa di entri Vienna!





1 comment:

Back to Top