6 April 2016

Catatan Perjalanan - Munich, Germany (Deutsches Museum)

Entri ini khas untuk Deutsches Museum. Untuk Itinerari penuh di Munich boleh baca di sini.  (sila klik)

 Deutsches Museum

Germany memang terkenal dengan kecanggihan teknologinya. Di muzium ini terdapat pelbagai jenis kenderaan yang digunakan oleh orang German sejak zaman Nazi sehinggalah ke zaman moden ada disimpan di muzium ini. Bayaran masuk yang dikenakan Eur 6 bagi dewasa. Kanak-kanak di bawah 6 tahun masuk percuma. 

Gambar-gambar yang dikongsi di bawah hanya sebahagian kecil sahaja daripada apa yang dipamerkan di dalam muzium. 



Melawat muzium sudah menjadi aktiviti wajib bagi kami memandangkan Adam, Ilman dan Sarah sedang membesar. Mereka perlu didedahkan dengan pelbagai perkara. 



Anak-anak memang akan seronok kalau bawa mereka ke muzium. Bagi kita orang dewasa, muzium kadang-kadang membosankan. Tapi percayalah muzium merupakan satu tempat yang menarik. cuma anda perlu tanamkan sedikit minat untuk mengetahui sejarah-sejarah lampau.


Sebenarnya seronok sekali sekala bawa anak-anak berjalan ke muzium. Adam dan Ilman suka sangat masuk muzium. Macam-macam soalan yang mereka tanya. Dari keretapi stim hinggalah keretapi elektrik, kereta kuda, basikal roda satu, kenderaan yang digunakan oleh tentera nazi, kereta lumba, kereta teknologi terkini seperti Hydrogen car dan pelbagai macam lagi. 

Jangan lupa singgah ke sini jika anda berkesempatan melancong ke Munich!

No comments:

Post a Comment

Back to Top