13 June 2016

Ayam Panggang Madu Perantau

Kenapa Ayam Panggang Madu Perantau? Kerana saya memasaknya di Ireland. Hahaha. Saya memang suka masak ayam panggang. Dari sejak berkahwin 7 tahun lalu, sehingga sekarang. Resepi pula pelbagai. Dan selalunya resepi ayam panggang saya adalah mengikut citarasa saya sendiri.  

Membuat ayam panggang tidaklah susah. Bahkan pula ayam panggang merupakan resepi yang sihat dan mudah! Kalau nak tahu, saya akan masak ayam panggang bila mood malas mula datang ataupun dah tak ada idea nak masak apa.


Ayam panggang madu yang saya masak ini beserta sekali dengan kuahnya. Makan ayam kosong begitu kurang best! Jadi saya akan sediakan satu atau dua kuah sebagai pencicah. 


Resepi Ayam Panggang Madu Perantau

1) Lima ketul ayam (whole leg) di cucuk-cucuk dengan garfu
2) 2 sudu besar gula perang untuk melumur ayam
3) 2 ketul halia sebesar ibu jari lelaki dewasa*
4) Setengah cawan sos tiram*
5) Setengah cawan kicap cair*
6) Setengah cawan kicap pekat*
7) 1 1/2 cawan gula perang*
8) 6 ulas bawang putih *

Kisarkan bahan bertanda *

Perap ayam selama 3 jam. Lebih lama lebih elok. Saya biasa perap semalaman.

Bahan-bahan untuk sos merah:

1) 8 biji cili padi 
2) 2 biji tomato saiz sederhana
3) 3 ulas bawang putih
4) Cuka secukup rasa
5) Gula secukup rasa
6) 4 sudu besar sos tomato/ sos cili 

Saya kisar semua bahan-bahan ini menggunakan hand blender.Kemudian masak di atas api. Sos merah ayam ini perlu rasa manis-manis masam pedas. Sesuaikan ikut selera anda.

Bahan-bahan sos hitam:

Sos hitam paling senang. Lebihan air perapan ayam tadi, dipanaskan atas api sehingga mendidih. Tambahkan lebih kurang 4 sudu besar kicap. Setelah mendidih dan agak pekat tutup api. Tapis ke dalam mangkuk supaya bahan-bahan kisar perapan tidak masuk sekali ke dalam mangkuk.

Cara memanggang ayam:

Untuk panggang ayam, ayam yang telah diperap dilumur dengan gula perang dahulu kemudian susun dalam tray oven. Masak dalam oven pada suhu 250 degree celcius selama 15 minit. (Nota: Oven dipanaskan dahulu pada suku 50 degree celcius selama 10 minit) . Kemudian alih ayam. Panggang lagi selama 15-20 minit. Apabila ayam masak, keluarkan dari oven. Sira dengan madu. Dan hidangkan. 

Cara saya makan.. siramkan sos hitam atas ayam, kemudian bolehlah meratah ayam sambil dicicah dengan sos merah. Ayam panggang madu ini selain daripada makan saja (meratah) boleh juga makan dengan nasi ayam atau nasi goreng. Selamat mencuba!

Ingin membaca tips travel dengan anak-anak kecil? Boleh baca di sini. (Klik)

2 comments:

  1. wah..sedapnya..bila.masak sendiri tak rasa duk di perantauan yer kak nur.

    ReplyDelete
  2. Kan.. nak bg rase kena masak ala-ala Irish..hehe

    ReplyDelete

Back to Top