13 June 2016

Homemade Rapsberry Swirl Vanilla Ice cream

Panjang namanya! Untuk buat aiskrim ini tidaklah serumit namanya. Hahaha. Senang sahaja. Jangan risau ya. Ini adalah koleksi resepi aiskrim peribadi saya. Saya memang suka buat aiskrim. Apabila dapat tekstur yang sempurna maka saya akan tulis dalam buku. Petang ini kerana terlebih rajin, saya kongsikan resepi aiskrim di blog. 

Aiskrim yang saya buat tidak menggunakan ice cream maker. Saya baru saja beli ice cream maker. Belum sempat nak baca manual cara untuk guna. Nanti bila saya sudah cuba guna, saya kongsi resepinya di blog ya. 


Homemade Rapsberry Swirl Vanilla Ice cream

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Rapsberry swirl vanilla ice cream ialah:

1. 250ml double cream
2. Separuh tin susu pekat manis (condensed milk) 
3. 8 biji buah rapsberry dihancurkan dan ditapis untuk jus pekat
4. 1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya pula:

Hancurkan buah ini dengan menggunakan sudip kayu. Selumat-lumatnya. Kemudian tapis. Memang akan dapat jus yang pekat. Rapsberry ni masam. Jangan letak banyak. Memadailah hanya 8 biji sahaja.

Untuk aiskrim pula, kita sejukkan dulu double cream dan condensed milk ini. Kemudian putar double cream sehingga kembang. Jangan terlebih putar. Kalau tidak nanti struktur krimnya pecah. Apabila kembang, masukkan susu pekat manis yang sejuk tadi, putar sedikit atau guna kaedah kaup balik menggunakan spatula.


Adunan aiskrim tadi dimasukkan ke alam bekas. Tuangkan jus rapsberry (jus pekat ini dicampur dengan sedikit adunan aiskrim, kacau sebati) di atasnya. Ambil lidi dan buatlah lakaran mengikut kehendak hati. Contohnya di bawah. 





Selamat mencuba!

Untuk resepi Homemade strawberry ice cream klik di sini (klik) 

No comments:

Post a Comment

Back to Top