13 June 2016

Travel: Kenali rakan atau pasangan anda!

Penyakit yang tiada ubatnya. Penyakit yang tidak semua orang boleh memahami mereka. Jadi, entri kali ini saya nak kongsikan beberapa tips untuk anda kenalpasti sama ada rakan atau pasangan anda punya penyakit ini. Anda perlu tahu bahawa 'mereka-mereka' di luar sana yang membawa penyakit ini ada di mana-mana. Dan malangnya anda tidak dapat mengesan mereka dengan mata kasar kerana lazimnya ciri-ciri fizikal mereka sama sahaja seperti kita. Rambut sama hitam dan juga makan nasi. Apa yang lebih malang lagi, penyakit ini mudah berjangkit. Dan anda adalah MANGSA seterusnya...


Penyakit 'Kaki Travel'

Kenalpasti rakan atau pasangan anda yang 'dilahirkan' untuk travel:

1) Si Dia begitu obses dengan peta

Ya. Dia pantang melihat peta. Globe. Peta dalam buku mahupun Google maps! Apabila melihat peta, dia begitu fokus seakan mencari habuk yang hinggap. Sesekali dia akan mencapai pen untuk membuat tanda atau jika dia melihat peta di Google Maps anda akan lihat penuh tanda merah di situ.


2) Emosi berada di tahap paling tinggi!

Anda baru sahaja sebut "Cantiknya tempat ni.." Manakala dia terus melompat berlari ke arah anda sambil berkata "Mana? Mana?" dengan begitu teruja. 


3) Kedekut tapi..

Apabila si Dia membeli baju, "50 ringgit? Yang ini mahal. 15 ringgit.. mahal juga ni." Tetapi bila dia melihat harga tiket kapal terbang ke eropah yang berharga 2500 ringgit, Dia akan respon.. "Eh.. murah ni! Dah murah sangat.. jom tempah!"


4) Si Dia seorang yang berani

Anda: "Hatyai kena bom,"
Dia : "Oh, itu di Hotel A. Hotel B ini selamat,"

Anda: "Brazil ada virus Zika,"
Dia: "Tapi 3 hari dah tak dengar cerita. Dah tak ada lah tu,"


5) Tak pernah cukup

Anda dan Dia baru semalam pulang dari bercuti di Jepun namun pada hari ini Dia.. "Apa tempat menarik di Australia ya?"


6) Serba tahu

Anda: "Al Hambra di mana ya?"
Dia: "Spain,"
Anda: "Berapa ml cecair boleh bawa dalam hand carry?"
Dia: "100ml,"
Anda:"Sekarang di eropah musim apa ya?"
Dia: "Summer,"


7) Banyak memori

Dia sering saja berkata "Eh, tempat ni macam di Sabah," "Hurm, nyamannya. Macam di Finland,"  "Pretzel di Germany lagi sedap. Tapi di sana panggil Bretzel. Bukan Pretzel," 

8) Hilang tiba-tiba!

Dia mudah dihubungi. Namun tiba-tiba Dia lama menyepi. Ingin tahu Dia ke mana? Tunggu Dia update status.  

9)Ada sahaja Dia di semua Travel group 

Cari saja Dia di mana-mana travel group di Facebook. Dia pasti ada!

10) Punya pelbagai koleksi

Dia punya pelbagai koleksi dari serata negara. Tetapi bukan hadiah daripada siapa-siapa. Dia juga boleh bercerita kisah di sebalik koleksi.


Namun jika kesemua ciri ini ada juga pada anda. Anda harus tabah. Kerana anda juga salah seorang 'Kaki Travel'!


Tips khas ini ikhlas dari Cerita Kembara Kami. Ingin tips ke Eropah? (Klik di sini)

No comments:

Post a Comment

Back to Top