11 June 2016

Travel? Tips maksimumkan penggunaan 'Smart Phone' anda!

Smart phone atau telefon pintar merupakan salah satu travel gadget yang mampu dimiliki oleh semua orang. Baik tourist mahupun traveler! Biasanya, apa yang anda buat dengan smart phone selain daripada menghantar mesej melalui Whatsapp atau Telegram, tangkap gambar dan muatnaik di Instagram dan Facebook? Jom kita bincang bersama cara nak memaksimumkan penggunaan smart phone ketika melancong.

1) Penunjuk arah / navigation

Saya pasti ramai yang menggunakan aplikasi penunjuk arah melalui smart phone. Sejak adanya Offline Google Maps (tidak perlu data internet) tidak perlu lagi alat khas GPS untuk navigate lokasi. Jimat wang daripada membeli gajet tambahan malah smart phone juga mudah dibawa kemana-mana sama ada anda berkenderaan atau hanya berjalan kaki ke destinasi tujuan.

Paparan skrin Google Maps

2) Mobile wallet

Kini segala urusan jual beli boleh melalui smart phone! Ops! Saya tidak maksudkan online shopping. Bagi pengguna Android, anda boleh aktifkan Samsung Pay untuk melakukan pembayaran dengan menggunakan smart phone. Tidak perlu lagi kad kredit atau kad debit. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Samsung Pay. Jika dahulu Samsung Pay hanya diguna dibeberapa buah negara tertentu sahaja tetapi berita baik untuk anda pada penghujung tahun 2016, rakyat Malaysia sudah boleh menggunakan kemudahan ini. Oh ya, bagi pengguna iphone pula, anda boleh aktifkan Apple Pay.

Sumber: www.techinsider.io

3) Kamus 

Bayangkan jika anda melancong ke Itali - Perancis - Switzerland? Ya, 3 negara yang bertutur dalam 3 bahasa berbeza. Segala signboard dalam bahasa mereka. Perlu bawa 3 kamus? Google Translate boleh selesaikan masalah anda. Taip atau sebut sahaja perkataan tersebut untuk diterjemah ke dalam bahasa pilihan. Pernah dengar i Translate? Aplikasi ini juga sama fungsinya seperti Google Translate. Kedua-dua aplikasi ini memerlukan data internet, boleh dimuat turun dari Play Store dan ianya percuma!

Paparan skrin i Translate (kiri) dan Google Translate (kanan)



4) Tour guide

Semasa melancong, perkara yang anda tidak dapat elak adalah perubahan itinerari. Atas banyak faktor kadang-kadang menyebabkan anda perlu mengubah destinasi tujuan. Muat turun aplikasi Foursquare dari Play Store. Aplikasi ini boleh mencadangkan tempat-tempat menarik berhampiran dengan anda.

Paparan skrin aplikasi Foursquare



5) Tukaran wang 

Bagi yang suka convert nilai mata wang sebelum membeli-belah, aplikasi mudah yang boleh membantu anda membuat kerja-kerja ini ialah Easy currency converter yang juga boleh dimuatturun secara percuma di Play Store.

Paparan skrin dari aplikasi Easy currency converter


Ada idea lain untuk memaksimumkan penggunaan smart phone ketika melancong? Anda boleh nyatakan di ruangan komen untuk kita kongsi bersama. Terima kasih. Selamat melancong!

Perlu tips jimat kos semasa travel? Klik di sini



5 comments:

Back to Top