1 June 2016

Oyster Card atau Travel card?

Oyster Card - The easiest way to travel London. Ops! Saya petik kata-kata penjual tiket.

Jika bercuti di London, saya cadangkan anda menggunakan public transport saja untuk ke mana-mana. Cara ini lebih efisyen malah anda boleh jimat kos. Walaupun bersama anak kecil perlu gunakan public transport. Masalah Parking tambah dengan keadaan trafiknya yang.. Fuh! Naik saja public transport lah. Senang. Yang saya maksudkan di sini bukan teksi. Teksi mahal! Tetapi Underground. London underground ialah train yang landasannya di bawah tanah. Hanya perlu naik turun underground, jalan kaki sikit sampailah ke destinasi tujuan. 

Zon 


Ok, untuk pengetahuan anda, London ada 6 zon kesemuanya. Zon 1,2,3,4,5 dan 6. Dan tempat-tempat menarik di London seperti Harrods, Primark, Madame Tussauds, Bayswater (kawasan cenderahati), Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace letaknya di Zon 1 dan 2. Zon 1 dan 2 merupakan pusat kota London.

Sumber: Google (Peta tube/underground)


So, untuk jalan-jalan menggunakan public transport, ada dua jenis kad yang boleh dibeli:
1) Oyster card - sejenis kad yang perlu ditambah nilai (topup)
2) Travel card - kad yang boleh digunakan mengikut bilangan hari yang di beli

Kiri - Oyster card
Kanan - Travel card

Harga:

1) Oyster card - Ada 2 jenis. Oyster card perlu dibeli dengan harga £5. Kemudian perlu topup mengikut nilai yang anda mahu. Penggunaan oyster card lebih jimat jika dibanding dengan beli tiket satu-satu. Oyster card boleh disimpan untuk anda gunakan bila-bila melawat ke London. Lagi satu jenis pula namanya Visitor oyster card. Harganya kad lebih murah iaitu £3 namun tambah nilainya ditentukan dan ada special offer seperti diskaun harga untuk melawat ke beberapa tempat. Visitor oyster card boleh dibeli di luar UK.

2) Travel card - Harga tiket mengikut hari dan zon. Harga bagi 1 Day travel card di zon 1-3 ialah £12. Boleh digunakan dalam masa 24 jam. Pergilah ke mana-mana dalam zon 1, 2 dan 3. Naik turunlah seberapa kerap. Tak perlu risau. Travel card boleh dibeli di mesin menjual kad di underground station. 

Pandangan peribadi: Kalau anda ingin naik turun underground sekerap mungkin. Travel ke sana ke sini dalam masa satu hari, travel card lebih berbaloi. Tapi jika satu dua tempat saja - pilih oyster card lah. Visitor oyster card? Jika anda memang nak masuk semua tempat-tempat berbayar di London, haaa bolehlah guna visitor oyster card kerana ada diskaun yang disertakan untuk masuk ke tempat-tempat tersebut.

Kad sudah ada. Bila nak ke London?

Baca kisah kami di London (klik di sini)



5 comments:

  1. london pass dengan visitor oyster card yang mana lebih jimat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pergi lawat banyak tempat kt london bole beli london travel card. tgk link sini:
      https://www.londonpass.com/london-transport/?aid=26&gclid=CNX3uPXxuM0CFUZz2woduI4Okw

      Delete
  2. antara london pass dengan visitor oyster card mana lebih berbaloi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok situasi.

      Kat sini ada best explaination pasal visitor oyster card.

      http://www.visitlondon.com/traveller-information/getting-around-london/oyster-faqs/which-card-to-buy#SLMLEV3DXtvTcMbb.97

      Delete
  3. salam , nak tanya dan mintak pendapat. saya akan ke london minggu hadapan dan tempat penginapan kami ada lah di Neasden , dan di zone 3. ada kah bebaloi kalau saya beli travel card 1-3 zone ? and kalau nak travel dari airport to town, boleh guna card yang sama jugak ke ? atau kena beli one way pass?

    ReplyDelete

Back to Top